Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Pengumpulan, Rakaman, Penyimpanan dan Pengekalan Maklumat Peribadi
Sime Darby Berhad (“kami”) sedang menjalankan satu
usaha untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010
(“Akta”) adalah suatu Akta yang telah
diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi
dalam transaksi komersial. Bagi mematuhi Akta tersebut, kami dikehendakki untuk
menguruskan data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.
Tujuan penggunaan data peribadi anda adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:-
- Penyimpanan maklumat
- Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda
- Untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami
- Untuk menyesuaikan laman web ini mengikut citarasa anda
- Untuk membolehkan anda menyediakan produk dan perkhidmatan kepada Sime Darby
- Untuk proses penilaian permohonan kerja anda
-
Untuk mentadbir penyertaan anda di dalam mana-mana pertandingan/program yang kami
anjurkan
- Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
- Untuk menghantar mesej-mesej perayaan, promosi atau apa-apa tawaran istimewa
- Untuk menghantar jemputan tertentu
- Untuk lebih memahami keperluan anda sebagai pelanggan atau tetamu kami dalam majlis kami
- Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan
- Untuk tujuan analisis statistik data
- Untuk tujuan memprofil keutamaan anda
- Bagi maksud mematuhi Akta Syarikat 1965
- Untuk aktiviti kewangan dan pemasaran
- Untuk tujuan tadbir urus korporat kami
- Bagi maksud kemasukan dalam tugasan media dan / atau mana-mana majlis yang berkaitan
- Bagi maksud menyediakan jemputan tetamu, pendaftaran dan / atau mendaftar untuk acara-acara kami
- Bagi maksud penerbitan bercetak dan penerbitan dalam talian kami
(secara kolektif,
“Tujuan-Tujuan tersebut”)
Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada borang-borang di dalam talian semasa
anda melayari laman web Sime Darby atau dikumpulkan daripada senarai tetamu yang sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan / atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami dan / atau mana-mana syarikat di dalam Kumpulan (seperti yang ditakrifkan kemudian daripada ini)
Anda mungkin diperlukan untuk membekalkan kami dengan nama anda, nama syarikat,
alamat, negara, nombor telefon, nombor faks dan alamat emel.
Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi tersebut, kami
mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi mana-mana
Tujuan tersebut di atas.
Sila maklum bahawa data peribadi anda boleh didedahkan, disebarkan atau dipindahkan
kepada syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Sime Darby (termasuk syarikat induk,
anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu
mereka tempatan dan juga antarabangsa), samada pada masa sekarang atau pada masa
hadapan (secara kolektif,
“Kumpulan”), atau kepada
mana-mana organisasi pihak ketiga tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda
berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan dan juga tujuan-tujuan yang berkaitan
dengan Tujuan-Tujuan tersebut serta dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan
bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod-rekod.
Untuk tujuan ini, kami komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan
dan ketepatan data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami. Adalah menjadi tanggungjawab
anda untuk memastikan bahawa kesemua data peribadi yang diserahkan kepada kami dan
disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemaskini dan lengkap dalam
semua aspek. Bagi mengelakkan keraguan, kami dan/atau Kumpulan dan/atau pekerjanya
atau pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang
data peribadi yang diserahkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap
dan tidak dikemaskini.
Di samping itu, kami boleh meminta bantuan anda untuk memperolehi persetujuan daripada
pihak ketiga yang data peribadinya telah dikemukakan oleh anda kepada kami dan anda
dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.
Anda boleh, pada bila-bila masa selepas penyerahan data peribadi anda kepada kami,
mengemukakan permintaan untuk akses kepada data peribadi anda dengan mengemukakan
permohon tersebut kepada kami di alamat seperti di bawah jika:
-
anda memerlukan akses kepada dan/atau ingin membuat pembetulan kepada data peribadi
anda, tertakluk kepada pematuhan permintaan untuk akses atau pembetulan itu tidak
ditolak di bawah peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang yang sedia ada;
- anda ingin membuat pertanyaan mengenai data peribadi anda;
-
anda tidak lagi bersetuju dengan kami memegang, menyimpan atau mengekalkan data
peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini mungkin menyebabkan
kami tidak dapat melaksanakan atau menunaikan tanggungjawab kami kepada anda.
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Kumpulan Komunikasi dan Hal-Ehwal Korporat
Tingkat 17, Wisma Sime Darby
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
communications@simedarby.com
Sebarang data peribadi yang dikekalkan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan
daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar pengekalan yang terpakai oleh
kami jika data tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan tersebut.
Kami percaya bahawa anda akan memberi persetujuan untuk pemprosesan data peribadi
anda dan anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan
dan terma-terma yang terkandung di dala